Pening juga lah Ash boleh nak mencari granite suplier ni.. namun akhirnya berbaloi, sekurangnya Ash dapat pengalaman dan pengetahuan tentang bahan2 granite dan cara pengiraan kos untuk granite top ni.
Mulanya Ash banyak buat research secara online, namun ianya tak membantu. Ash ada terbaca satu blog yang megatakan ada granite murah dalam RM 40/sf. tanpa sebarang kos upah, hinggakan Ash dengan gigiihnya berusaha untuk mencari kilang tersebut di Sungai Petani, tapi hampa..
Kalau kita serahkan semua kerja menempah top pada tukang kabinet dapur, kita akan dapat harga RM180 ke atas untuk 1 foot run, itu pun mungkin patern biasa2 aja. kalau rajin kita survey inshaAllah kita akan dapat murah sikit dari tu.
![]() |
Stone Line Marble, Taman Deima Juru |
Anggaran panjang Top keseluruhan adalah 27 kaki. kos2nya seperti kat bawah ni.
1 Foot Run = RM130 (1 foot Run= 2sf ukuran standart lebar top bersama kaki).
Upah pasang = RM18/Foot Run
Kos Tebuk Lubang sinki/Dapur = RM200/Hole
Actual kos Ash adalah:
RM130 x 27 = RM3510
RM18 x 27 = RM 486
RM200 x 3 =RM600, (Yang ni Ash dapat Discount RM300)
Jumlah selepas discount = RM 4296
Kontraktor yang buat kitchen cabinet bagi harga RM5338, itu pun memang basic granite, Pattern lama jer. Kalau Ash pilih granite mcm kontraktor tu bagi rasanya dalam anggaran RM3700 aja.
Ash pilih granite Chida White.
![]() |
Chida White |
Apa pun memang Ash puji budi bahasa adik Izzati, Semalam sempat p office dia, n say sorry sbb terkasar kata. Kalau berminat untuk berurusan, 0164487802(Izzati). Dia baru kerja lagi, Jangan espect dia tahu segalanya..Izzati memang baik orangnya. Sempat gak gurau dengan dia.. Dik pening eh layan kakak?.. Dia cakap, 'xda la..ada lagi teruk dari kakak'... hahaha..
Nampak x?? nampak sangat Ash banyak songeh.
ok ler..sekian, harap bermanafaat..