rajin pulak kami nak mengetuk keyboard ni.. sambil tunggu en husband balik kja..
nak karang sedikit tentang lampu downlight.
sebut pasal led ni. mesti terbayangkan penjimatan tenaga....
tapi betul ka?? hmm?? ok.. sat Ash cerita kat bawah ni..
LED DRIVER- menganduni butir2 tentang watt, voltage range, pf dll
LED DOWNLIGHT,
Antara faktor yang perlu kita titikberatkan semasa memilih lampu ni adalah..
1. Kuasa/Watt
kuasa di ukur dalam unit watt. lebih tinggi watt yang digunakan, lebih terang cahaya lampu tersebut juga lebih tinggi bil elektrik kita.
pun begitu, seperti yang saya sebut di atas, sekiranya watt tinggi, tetapi pf rendah, akan berlaku pembaziran tenaga. Lampu tersebut tidak dapat membekalkan cahaya yang sepatutnya.
contoh yang ketara kami lihat, lampu philips 7watt,pf 0.9 adalah lebih terang dari lampu xxx 9Watt, pf 07.
Watt inilah yang menjadi rujukan utama bagi kita yang betul2 nak jimatkan bil elektrik.
2. Pf (power factor) atau faktor kuasa.
Ini yang juga perkara penting. Dalam elektrik, bila pf bersamaan 1 adalah yang terbaik. tapi kalau nilainya kurang dari itu.akan memberi kesan buruk. Banyak led downlight mempunyai pf kurang dari 0.85(standart pf yang diluluskan TNB). Jangan risau TNB tak kenakan penalti pada bil kediaman..
kesan buruk terhadap pf yang rendah adalah akan menyebabkan penggunaan tenaga yang tak efisyen. ini adalah kerana sebahagian tenaga yang digunakan akan bertukar menjadi haba, manakala cuma sebahagian sahaja tenaga yang digunakan bagi pencahayaan. ini menyebabkan cahaya kurang terang dan lampu menjadi amat panas. Seterusnya menyebabkan lampu tersebut cepat rosak akibat dari haba tersebut. Haba ini juga mempengaruhi suhu dalam ruang rumah.
3. Jenama/keluaran.
kebanyakan lampu led adalah dari keluaran negara Taiwan dan China. kualitinya berbagai2. Ada yang gred ok dan ada yang ko. Ada juga jenama2 lampu yang besar tetapi dibuat di kilang di China. Contohnya Philips dan Edison (yang ada jenama ni agak mahal dalam lingkungan RM29 ke atas). biasanya peniaga akan claim, "ala, apa jenama pon sama aja". sebenarnya tidak. macam kau beli biskut kat kilang Ah Seng dengan kau belik kat Famous Amos.. pastinya piawaian standart dan kualiti bahan yang diunakan adalah berbeza.
4. Berapa lama warranty, biasanya kedai akan bagi tempoh warranty selama 2 tahun. Kalau dalam beberapa bulan tu..emm..baik x payah.
5. pattern
Lampu yang mempunyai bingkai tebal mengahalang pengaliran cahaya secara terus, ini menyebabkan sebahagian cahaya tidak sampai seterusnya mengurangkan radius cahaya lampu tersebut.
Kalau boleh beli lampu patern biasa/standard macam lampu2 keluaran jenama lain. Biasanya kilang cikai2 ni akan keluarkan sesuatu pattern tu dalam masa 2 tahun. Dalam tempuh ni, kita boleh cari sparepart/ganti baru lagi jika salah satu lampu rosak. Kalau lepas tu..alamatnya rumah jadi buruk bilamana kita terpaksa menggantikan dengan lampu jenis yang lain. Kalau tak..ganti ler semua lampu yang ada..
Sekian saja dari Ash. harap ianya dapat membantu. Ash bukanlah pakar dalam bidang ni. tapi ambil tahu sebab Ash ialah pegguna yang tak mahu dipergunakan..Cheewah..
#jangankecamsaya
huu..
2 ulasan:
Info yg amat mmbntu berkaitan pf. Trima kasih cikgu.
grateful!
I just recently wanted to know more about high cri LED downlights.
Catat Ulasan