Assalamualikum WBT
Pada masa skarang ni, kita memang sedia maklum harga rumah memang sangat ketara tinggi. Agak sukar bagi kita yang berpendapatan sederhana ni untuk memiliki sebuah rumah. Umum tahu Penang ni lubuk duit. Para penduduk ramai berpendapatan besar, tauke2 besar yang tak heran pon tentang duit. Tapi kat celah2 si kaya ni, masih ramai lagi antara kami yang tersepit antara impian dan berperang dengan keperluan sendiri. Para pemaju berlumba lumba membina kediaman mewah hingga penduduk yang kurang berkemampuan ni terasing di sini.
Nak beli rumah harganya mahal, apa lagi pilihan yang ada selain menyewa dengan kadar sewanya makin hari makin meningkat seiring nilai hartanah di sini. Penduduk terpaksa juga mengorbankan duit untuk tol dan minyak. Nak tinggal berdekatan tempat kerja, terlalu mahal kadar sewanya, jadi terpaksa menetap agak jauh dari kawasan kerja.
Kami bersyukur kerana syarikat kami menyediakan kuarters yang sangat berpatutan sewanya. sewa bulanan tak sampai Rm100. kami suami isteri bekerja dengan syarikat yang sama cuma suami di Pulau kami pulak kar seberang Perai. Diam tak diam dah 3 tahun kami tinggal di Kuarters. Memang agak selesa kehidupan kami, namun begitu kat hati ni teringin juga nak tinggal di rumah sendiri. jadi bermula lah penjelajahan kami untuk mencari rumah yang bersesuaian.
memandangkan harga rumah di tanah pulau agak tak relevan dengan kemampuan kami, kami cuba untuk mencari rumah di kawasan seberang perai. memang agak mengecewakan, Para pemaju kawasan berdekatan tempat kerja di seberang Perai hanya membina rumah2 mewah, Bukan teres2 tingkat apa lagi teres setingkat. semuanya Banglow2 Rumah Semi D tiga tingkat yang harganya mencecah RM 800k. malah ada yang lebih tinggi dari itu. memang ada juga pangsapuri dibina, tapi kami lebih memilih rumah teres kerana memikirkan senang untuk saudara2 datang, parking dan buat apa2 majlis. Lagi pulak orang tua kami memang xtak minat rumah tinggi2 ni.
Jadi pilihan kami beralih ke Bertam, Kulim atau Sungai Petani. memang rata2 penduduk yang bekerja di pulau pinang menjadikan 3 kawasan ni sebagai kediaman, memandangkan harga yang agak boleh di terima.
Akhirnya kami telah memilih untuk membeli rumah di kawasan Bertam,rumah teres 2 tingkat berharga RM3xx xxx. Sebab sebabnya kawasan yang dipilih, kawasan ni merupakan kawasan pengajian dan tak jauh dari 0kpejabat2 kerajaan. cita2 kami untuk jadikan rumah ni sebagai homestay juga selain merupakan rumah persinggahan kami dan keluarga kami. Kenapa yeee... sebab kami memang melilih untuk menetap di kuarters kerana sewanya murah dan berdekatan tempat kerja suami. sebab suami selalu kerja malam on call.
Impian kami untuk meliliki rumah akhirnya termakbul. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan