Entry pertama ni. saja nak tulis untuk buat rujukan untuk diri sendiri dan sesapa yang tengah research tentang kos renovate ruang kecik2 mcm kami. maklum saja lah..nk renovate besar2 x mampu kan..
ok keluasan ruang dapur yang nak ditambah ialah 14 x 5 kaki. antara kerja2 yang dibuat..jeng2..
* kami cuma perlu tambah 2 bahagian dinding sahaja, 2 bahagian lagi memang dah sediaada. seperti dalam gambar tu yerr..
* Lantai koridor tu kami angkat sikit supaya sama aras lantai dapur asal.
* Pasang tiles
* Pecahkan Dinding dapur asal
* Potong Pintu Lama, sebabkan kami pakai frame baru yang lebih kecil dari pintu dapur yang asal. kalau nak beli RM 300 1 pintu.. selagi boleh jimat...kita jimattt..hahaha.. nk kutuk kami kedekut kerr.. x kisah ler..duit kami kan..haha..
* Pasang tingkap
* Barang2 untuk renovate kami beli hasil survey kami dan upah tokey indonesia,,
antara bahan2 nya..
* Bata pasir: 600 x RM 0.21 (ada yang lagi murah RM 0.19, pandai2 ler survey yer) = RM126
* Atap seramik 45pcs x RM 2.3 = 103.50 (bumbung kami seconet aja, sebab bumbung asal dah ada separuh.
* Pasir kasar 1 ela =RM 50
* Pasir kulit 1 ela =RM 50
* Simen = RM 16.8 x 8 = 134.40
* frame pintu = RM60
* Tiles 1 x 2 feet = 56pcs x RM 5.3 = RM 296.80
* Tingkap panjang 2 kaki = RM 250 (sebenarnya boleh murah lagi dalam RM215. tapi yang ni minta indon belikan..tawakkal aja la. ada depa kisah duit kitammm yg bayarrrrr..hmm)
* Besi untuk bumbung = RM70 (ini pon si indonesia yang belikan)
* Upah potong dan welding pintu = RM100
* Lain2 bahan, paip pvc untuk ubah paip = RM40
* Upah Indonesia = RM1500
TOTAL HARGA RENOVATE SAYA IALAH RM 2780.70
HARGA KONTRAKTOR INDON RM5000 SEKALI BARANG.
HARGA KONTRAKTOR CINA RM7000 RM- 9000
SEKARANG, KAMI BOLEH JIMAT DALAM RM 2219.30 - RM6219,30
WOWWW
Nampak x permainan kat situ..hmm..
Ni bahagian dalam dapur asal huhu..sori xda gambar full dinding hujung kiri dah hack
Si ketot ni sibuk aja nk tengok..
Ok..ni dah siap.belum cat lagi.
Gudang Tiles..
antara tips2 yang boleh kami kongsi kat sini.
* kena rajin2 buka blog. rajin2 p survey kerja2 kontraktor rumah jiran..rajin2 survey barang2 kiki.. kami siap kira berapa keping bata n atap yg kontraktor pasang untuk dapatkan harga kos.
* Tiles tu kalau nak murah sikit boleh beli kat gudang white horse taman kelisa. ni alamat dia.
Address: 1, Jalan Kelisa Emas, Taman Kelisa Emas, 13700 Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Phone:+60 4-397 7888
sekian sahaja entry..jumpa lagi..
3 ulasan:
Ada lagi tak no contact tukang indonesia tu..
Maaf dah xda..lamanya saya x tengok blog nim..
Maaf dah xda..lamanya saya x tengok blog nim..
Catat Ulasan